Beberapa tahun dahulu ada seorang remaja
lelaki yang tidak berapa mahir dalam bersukan atau sebarang aktiviti
yang memerlukan ketangkasan atau kecekapan fizikal. Beliau sering
disisih dan selalu menjadi yang terakhir dipilih untuk menganggotai
sesuatu team sukan; samada untuk perlawanan, maupun untuk kelas
pendidikan jasmani!
Ya, dunia ini memang kejam… tiada siapa yang mahu berpasukan dengan seorang loser.
Menyedari hakikat, remaja tersebut
mengambil keputusan untuk berhenti melibatkan diri dalam segala jenis
aktiviti sukan dan lebih gemar menghabiskan masanya bersendirian.
Dikala bersendirian itu beliau hanya
membaca buku. Buku bacaan yang digemarinya adalah Majalah Gila-Gila –
majalah kartun humor yang pernah popular di suatu ketika dahulu.
Terpengaruh dengan lukisan di dalam
majalah tersebut, beliau selalu meniru dan melakar gambar kartun yang
dilihatnya. Kini beliau merasa sangat tenang dan seronok apabila dapat
menghasilkan lukisan kartun seperti yang terkandung dalam majalah
tersebut. Masanya seringkali dihabiskan berlatih menconteng lukisan
kartun dan ditingkatkan lagi dengan cubaan mengarang beberapa cerita
komik.
Walaupun begitu, lukisan tersebut hanya
menjadi koleksi peribadi untuk tatapannya seorang diri sahaja. Ini
kerana beliau merasakan bahawa lukisannya itu tidak berapa cantik kerana
percaya bahawa beliau memang tiada bakat dalam lukisan.
Keyakinannya itu berdasarkan rekodnya
yang sentiasa mendapat markah C atau D dalam matapelajaran lukisan.
Belum pernah lagi dalam sejarah hidupnya lukisannya digantung atau
dipuji oleh guru lukisan. Di dalam keluarganya pun memang tiada seorang
pun yang boleh dikatakan berbakat melukis atau berdarah seni.
Dipendekkan cerita, entah bagaimana buku
sketchnya telah dijumpai dan dilihat oleh seorang gadis yang cantik
rupawan di dalam kelasnya. Kerana namanya tercatit di situ, si gadis
tiada masalah untuk memulangkannya kepada yang empunya.
0 komentar:
Posting Komentar
tolong berikan komentar yang baik ... ok !!!!